Thursday, 30 August 2012

Mahar vs Wang Hantaran


Saya sangat tak puas hati dengan segelintir pihak yang memandang enteng isu mengenai mahar atau sinonim dengan istilah mas kahwin. Mereka seolah-olah memperolokkannya dengan mengeluarkan kata-kata ejekan yang pada mereka ianya satu jenaka. Contohnya: 



APE?? Nak test drive?? Ingin saya tegaskan disini bahawa mas kahwin adalah hak murni wanita. Mas kahwin atau mahar ialah pemberian wajib daripada suami kepada isterinya disebabkan akad nikah.  Pemberian tersebut merupakan simbol permulaan tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya. Dan hukumnya adalah WAJIB!! selepas sahaja sempurna majlis akad nikah.

Hoho..macam marah je kan. Ke saya yang terasa lebih? Maklum la konon nak pempertahankan maruah seorang perempuan.

Bukan ape, saya kurang senang dengan post tu walaupun sebenarnya dari kawan saya sendiri. Mungkin dia  keliru dengan wang hantaran.


Sekilas pandangan seorang Peguam Syarie:


'Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri. Kadar maskahwin di Johor RM 22.50, Melaka RM40.00, Perak RM101.00, Pulau Pinang RM24.00, Pahang RM22.50, Sarawak RM120.00, dan Labuan RM80.00 yang mana tidak dibezakan samada dara atau janda. Manakala di Selangor dan Kuala Lumpur RM 80.00 bagi dara manakala janda RM 40.00, Negeri Sembilan RM24.00 bagi anak dara dan RM12.00 bagi janda, Sabah RM 100.00 bagi dara dan RM 80.00 bagi janda, dan di Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan jumlah maskahwin tidak ditetapkan oleh pemerintah. 


So, kalau tengok kat sini mas kahwin di Malaysia tak la mahal sangat. Dari segi kewangan masih dalam keadaan mampu bagi mana-mana lelaki yang berniat untuk bernikah. Lain la kalau nak puteri raja. Cuma yang membantutkan proses ini adalah wang hantaran yang diletakkan pihak perempuan mungkin membebankan. Lepasan SPM je pun 8k apatah lagi yang ade diploma, degree semua. Mestilah pakcik makcik ni tak nak letak harga rendah untuk anak diorang..kalau rendah nanti ape pulak orang cakap..lagi-lagi anak diorang tu doktor ke peguam ke? Anak aku doktor kot.. 2 ribu je ko mintak?? Kereta ape yang ko nak beli bayar downpayment 2ribu hah? hehe..sarcasm..

Sebenarnya, pada pendapat saya la kan..kos belanja kahwin sekarang yang mahal. Mana tak nyer nak sewa khemah, catering, sewa pelamin, baju pengantin, bunga telur, hantaran dan banyak lagi la..not so sure sebab tak de pengalaman kahwin lagi. Kadang-kadang parents kita sendiri yang tanya kalau kita cakap nak kahwin. Ko da ade 20ribu ke gatai sangat nak nikah ni?  Lawak je ok.. Ibubapa mane la tak nak anak dia kahwin dan bahagia then ade cucu..tapi 20ribu tu cuma tanda aras je nak tengok kemampuan anak. Kalau banyak tu pun susah nak sediakan macamana nak menjalani hidup selepas kahwin.  

Sabda Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam, Artinya : 
"Diantara keberkahan seorang wanita ialah yang mudah urusannya dan murah maharnya." 
[Hadits Shahih Riwayat Abu DawudVI/77&91, Ibnu Hibban 1256, Al-Bazar III/158, Ath-Thabrani dalam Mu'jamus Shaghir I/169 dst...]

Tak nafikan setiap perkahwinan tu ade rezeki yang Allah bagi. Tapi sebagai manusia biasa kita kena la bersedia. Jangan sempitkan fikiran. Lagi best siap ade yang berdebat pulak. Si lelaki tak puas hati sebab yang perempuan meletakkan harga yang tinggi. Dihambur semua statement sinis.. 'kalau pandai masak ke pandai jahit ke tak pe jugak!' Meh sini nak balas.. Ingat ko tu bagus sangat ke hah? Da cukup ke ilmu ko nak jadi imam nanti??

Rileks2. Tak nak gaduh2 k. Setiap orang ade kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Kesimpulannya, kita perlulah memperbaiki diri agar menjadi lebih baik. Sape la tak pasangan hidup yang baik kan. 

 Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”

So, sama-samalah kita belajar. Mende2 camni kita boleh bawak berbincang. Saya pun belum kahwin lagi. Tak berani nak cakap sebenarnya. Entri ni hanya pendapat peribadi saya. Maaf bagi mana-mana pihak yang tersinggung. Peace.

No comments:

Post a Comment