Wednesday, 11 March 2015

Cara hilangkan kesan merah terbakar selepas menggunakan kulit kayu manis pada muka

   Macam-macam produk ingin dicuba untuk mendapatkan kulit yang cantik samada cara moden mahupun tradisional. Pelbagai petua diberikan En.Google untuk menghilangkan jerawat,jeragat, bintik hitam dan sebagainya. Akan tetapi tidak semua tahu bahawa produk atau bahan yang digunakan boleh menyebabkan kesan sampingan dan boleh merosakkan kulit. Sebagai contoh penggunaan kulit kayu manis sebagai masker untuk menghilangkan jerawat boleh menyebabkan kulit mengalami keradangan, kemerahan, rasa pedih dan panas dan lebih teruk kesan terbakar (melecur).

  Jadi disini saya ingin berkongsi tips menghilangkan kesan tersebut. 
  • Mula-mula basuh muka anda dengan segera menggunakan air sejuk. 
  • Keringkan muka anda.
  • Kemudian sapukan aloe vera pada muka. 
  • Boleh letakkan air ais untuk mempercepatkan proses penyejukan di muka.
  • Boleh ulang meletakkan aloe vera sehingga panas di kulit berkurangan.

  Produk aloe vera boleh didapati dalam bentuk krim atau gel di pasaran. Kalau ada pokok aloe vera dirumah, buangkan kulit aloe vera tersebut dan sapukan lendir aloe vera pada kulit. Aloe vera merupakan antara produk paling cepat menghilangkan panas terbakar pada kulit. Ianya juga sesuai digunakan untuk kulit 'burn' akibat sinaran matahari mahupun kesan melecur akibat terkena air atau minyak panas.

  Bahan lain yang boleh digunakan untuk melegakan kemerahan pada kulit adalah timun, madu dan minyak tea tree. Mask juga boleh digunakan untuk menyejukkan muka. Untuk kesan yang optimum letakkan mask di dalam peti sejuk. Saya da try sendiri di rumah dan ianya berkesan. 

  Saya nasihatkan agar berhati-hati mencuba produk atau bahan pada kulit anda. Saya ada terbaca review seseorang mengenai pengalamannya menggunakan kulit kayu manis sehingga kulit muka dijangkiti kuman.  Jadi, kaji dahulu kesan sampingan menggunakan bahan tersebut samada produk kosmetik atau bahan semulajadi. Sayangilah kulit anda..Peace.