Wednesday, 11 March 2015

Cara hilangkan kesan merah terbakar selepas menggunakan kulit kayu manis pada muka

   Macam-macam produk ingin dicuba untuk mendapatkan kulit yang cantik samada cara moden mahupun tradisional. Pelbagai petua diberikan En.Google untuk menghilangkan jerawat,jeragat, bintik hitam dan sebagainya. Akan tetapi tidak semua tahu bahawa produk atau bahan yang digunakan boleh menyebabkan kesan sampingan dan boleh merosakkan kulit. Sebagai contoh penggunaan kulit kayu manis sebagai masker untuk menghilangkan jerawat boleh menyebabkan kulit mengalami keradangan, kemerahan, rasa pedih dan panas dan lebih teruk kesan terbakar (melecur).

  Jadi disini saya ingin berkongsi tips menghilangkan kesan tersebut. 
  • Mula-mula basuh muka anda dengan segera menggunakan air sejuk. 
  • Keringkan muka anda.
  • Kemudian sapukan aloe vera pada muka. 
  • Boleh letakkan air ais untuk mempercepatkan proses penyejukan di muka.
  • Boleh ulang meletakkan aloe vera sehingga panas di kulit berkurangan.

  Produk aloe vera boleh didapati dalam bentuk krim atau gel di pasaran. Kalau ada pokok aloe vera dirumah, buangkan kulit aloe vera tersebut dan sapukan lendir aloe vera pada kulit. Aloe vera merupakan antara produk paling cepat menghilangkan panas terbakar pada kulit. Ianya juga sesuai digunakan untuk kulit 'burn' akibat sinaran matahari mahupun kesan melecur akibat terkena air atau minyak panas.

  Bahan lain yang boleh digunakan untuk melegakan kemerahan pada kulit adalah timun, madu dan minyak tea tree. Mask juga boleh digunakan untuk menyejukkan muka. Untuk kesan yang optimum letakkan mask di dalam peti sejuk. Saya da try sendiri di rumah dan ianya berkesan. 

  Saya nasihatkan agar berhati-hati mencuba produk atau bahan pada kulit anda. Saya ada terbaca review seseorang mengenai pengalamannya menggunakan kulit kayu manis sehingga kulit muka dijangkiti kuman.  Jadi, kaji dahulu kesan sampingan menggunakan bahan tersebut samada produk kosmetik atau bahan semulajadi. Sayangilah kulit anda..Peace.



Tuesday, 17 February 2015

Review produk penjagaan kulit

Lama gila tak jenguk blog. Nak dekat dua tahun gak..tiba2 malam ni rasa macam nak share pasal produk penjagaan kulit. Antara produk saya pernah try- Safi Balqis, Clean n Clear, Garnier, Bio Essence, Loreal Paris dan juga Nutox.

Tapi ni nak cerita pasal pengalaman saya pakai NUTOX.  Nutox antara produk yang paling best pakai dan antara produk penjagaan kulit dari Malaysia yang berkualiti.  Saya pilih produk ni sebab berpatutan, selamat(diluluskan oleh KKM) dan halal(disahkan oleh Jakim).

Kalau nak cek mane-mane produk berdaftar ke x boleh cek kat laman web Bahagian Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan - portal.bpfk.gov.my kemudian klik product search.

Dan kalau nak cek halal ke x boleh tengok di laman web Jakim - www.halal.gov.my.

Alhamdulillah rasanya da masuk tahun kedua saya pakai produk ni dan saya tak mengalami masalah kulit yang teruk lagi. Produk yang saya pakai antaranya cleanser, toner, serum, moisturizer, sunblock dan krim malam. Macam semua je haha..

Mula-mula pakai cleanser. Rase bersih dan lembab je lepas pakai. Lepas tu pakai toner sebab nak tutup liang pori. Bila pakai toner Nutox ni rase segar dan sejuk je muka dan yang bestnya x melekit macam produk toner lain. Lepas toner, pakai serum. Serum Nutox paling wow skali sebab serum ni terus serap dalam kulit. N again x berminyak dan x melekit. lepas pakai rasa macam x pakai pape. hee. (highly recommended)

Moisturizer dan sunblock saya jarang pakai sebab muka jadi oily lepas beberapa jam. Untuk malam saya pakai night repair dan overnight mask. Ni best sebab esok pagi bila basuh rase muka moist dan glowing. Cume x rajin nak pakai sebab oily sikit. Saya jenis kulit yang agak berminyak jadi mane-mane produk yang menyebabkan ketidakselesaan kat muka saya kurang gemar. Setakat ni produk Nutox masih boleh diterima. Secara keseluruhan produk Nutox ni saya bagi 8/10.

Ni rangkaian untuk kulit kering.



Ni pulak rangkaian produk untuk kulit berminyak



















Sesiapa yang baru nak mencuba boleh la tengok gambar dibawah sebagai rujukan.



















Saya x jamin produk ni boleh hilangkan jerawat atau memutihkan kulit tapi yang saya boleh jamin produk ni boleh repair kulit dan meremajakan kulit. Hmm kalau xpercaye, cubalah. 

Kesimpulannya seronok sangat pakai. rase cantik je. haha